yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
smile always


Hubungan silaturrahim bermula dari kedua ibu dan bapa kita. Dari mereka lahirlah anak-anak yang menggantikan keturunan mereka. Dari anak-anak pula berkembang lah kekeluargaan itu kepada cucu, cicit dan seterusnya hingga berakhirnya usia alam ciptaan Allah ini. Hubungan silaturahim ini haruslah dijaga dengan baik agar ianya dapat mengeratkan dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan sesama kita.Sebagai contoh yang mana yN pernah keutarakan pada post yang lalu, hubungan mertua dengan menantu. Kadang-kala cara hidup, suasana tempat tinggal, bahasa pertuturan, peradaban antara mertua dengan menantu sangat-sangat berbeza apatah lagi mereka yang datang dari kaum atau bangsa yang lain. Kita perlu banyak bermuhasabah diri kita sendiri  adakah kita benar-benar dapat menjaga hati mertua kita,..?Atau apakah kita telah memberikan yang terbaik untuk mereka,..?dan begitu juga sebaliknya jika kita sebagai mertua...

(**yN juga tak dapat nak bagi penjelasan berdasarkan pengalaman sendiri. maklumlah yN sendiri pun masih belum lagi berumahtangga...jika ada kesilapan pendapat di sini, harap pembaca semua tegur yer...)


Di sini yN tidak mahu menekankan sangat perkara yang berkaitan dengan hubungan mertua dengan menantu. Pada kali ni, yN ingin membincangkan tentang bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara BESAN iaitu Ibu Bapa suami VS Ibu Bapa isteri...


(**Siapakah kat sini yang tahu cara-cara atau sesiapa yang punyai pendapat berkenaan topik ini, boleh kongsikan kat ruangan komentar yN yer...)

 Pada pandangan yN sendiri, secara umumnya, banyak cara-cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Antaranya :-

* Bertanya khabar melalui telefon, emel atau melalui laman-laman sosial yang ada pada masa kini
* Sesekali ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Jika jarak antara kita sangat jauh, paling kurang setahun sekali pun sudah cukup kan,..?
* Saling bertukar-tukar masakan atau kuih-muih
* Buat kenduri secara gotong-royong
*
*
*

Dan bermacam-macam lagi cara yang dapat di praktikkan. Namun ada segelintir masyarakat agak sukar untuk melaksanakan seperti apa yang yN perkatakan tadi. Ini mungkin disebabkan karaktor sesetengah individu ini agak pendiam, kurang bersosial, kurang bermasyarakat..if selesai tugasan pejabat, terus masuk rumah mengadap tv atau komputer dan melayan aktiviti ini sampai rasa mengantuk, terus tidur..dan begitulah seterusnya sehinggakan kekadang ada sesetengah kita tidak mengetahui bahawa jiran sebelah meninggal kew, kahwin ker, sakit ker, kecurian ker...tahu-tahu benda dah jadi. Jadi bagaimanakah hubungan golongan ini dengan besan mereka jika anak-anak mereka telah berkahwin,...?Adakah sama jew caranya atau mungkin mereka dapat mengubah cara pergaulan mereka,...?


Dan satu persoalan yN la, yN teringin sangat nak tahu...bagaimana cara nak mengeratkan silaturrahim antara besan...agar hubungan antara mereka senantiasa baik, tiada perselisihan faham, saling membantu antara satu sama lain, berolak ansur, ramah, dan sebagainya..

Ya Allah, bantu la yN dalam mencari yang terbaik buat diri yN, dan family yN sendiri...amin.


(** oopss..emosi la plak hehe)

Adakalanya yN perhatikan hubungan antara besan akan menjadi lebih akrab setelah anak-anak mereka nikah..tp ada jugak menjadi hambar..maybe di sebabkan pernikahan yang tiada persetujuan mana-mana ibu bapa pengantin..yN harap lah kan, hubungan mereka lebih akrab lepas yN nikah nanti,insyaAllah..Amin..


yN tidak bermaksud untuk menyatakan hubungan mereka tidak akrab selama ini...memang sudah akrab, cuma yN berharap mereka akan lebih akrab dan bersatu menjadi family yang sangat-sangat bahagia hendaknya,amin..





i'M BriDes To bE 104 dAys tO gooooooo....amin

0 Responses

yN GbOOk