yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs



1. Anggap ibu mertua seperti mak sendiri. Jadinya kita takkan kecik hati bila dimarah, ditegur. Kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita. Bukan nak marah pun tapi demi kebaikan kita juga...

2. Menantu kena mengalah. Memang mertua bukan sentiasa betul tapi kita ambillah masa untuk menjelaskan. Jangan terus-terus membangkang bila masa-masa tak setuju dengan mertua. Mengalah lah dahulu. Bertolak ansur itu penting.



3. Elakkan konflik dgn mertua kerana akhirnya ia akan melibatkan suami. Teruklah bila mana suami terpaksa memilih untuk berpihak samada mak mertua atau isteri. Kerana disebelahnya adalah ibu. Dan sebelahnya lagi adalah isteri. Dua-dua sama penting. "Ibu hanya satu tapi isteri boleh ada 4". hehehe... bahaya ya kalau suami pikir sampai tahap itu...

4. Peluk, cium, urut mertua kita. Sayangi dan hargai mereka. Sejukkkk sikit hati mertua bila melihat kita.

5. Hiburkan hati mereka dengan sering beri hadiah. Tak banyak, sedikit pun takpe tanda mengingati dan menghargai. Walaupun hanya lauk pauk yang kita dah masak. Bila berkunjung ke rumah mertua, bawalah buah tangan.

6. Jangan melapor pada mertua apa yang tidak baik tentang suami. Selalunya dan normally, tiada mak yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kadang mertua sendiri akan datang pada kita dan sebut tentang perangai anaknya sendiri yang mungkin kita sebagai isteri tidak akan tahan. Jadi, hal-hal rumahtangga seeloknya sembunyikan. Melainkan dah tahap teruk sangat, bolehla minta nasihat daripada mertua.

7. Hantar gelombang positif. Sebagai menantu kita perlulah bersangka baik, sayang pada mertua. Mereka ibu bapa kita juga... Jangan berburuk sangka pada mertua.

8. Berbaik-baik dengan semua ipar duai. Jangan menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai. Dan kalau kita sebagai ipar duai juga jangan sekali-kali campur tangan masalah rumahtangga adik beradik kita dengan menjadi batu api dsbgnya.

9. Walau kita tak suka pun pada mertua, jangan sampai berkomplot dgn biras-biras untuk menjatuhkan mertua.

10. Jangan cakap benda-benda tidak baik di belakang mertua.



11. Jadilah menantu yang solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumahtangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang dll.

12. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mertua. Dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dll.

13. Beri khidmat seperti masak makanan, tolong mertua dengan apa yang dia tidak mampu dan sebagainya. Dengan seikhlas hati. Bila ikhlas, baiklah hasilnya nanti.

14. Seringkalilah bertanya khabar mertua. Lebih-lebih lagi bila mereka jauh dari kita. At least mereka tak tertanya-tanya apalah ceritanya kita di sini dan kita juga tahulah apa khabarnya mertua kita di sana. Entahkan sihat, entahkan sakit.

15. Dan ingatlah bahawa;

"Redha Allah pada seseorang anak adalah bergantung kepada redha daripada ibu bapa anak tersebut."


yN crEATioNs



Bahan-bahan untuk 1.5l 

2 1/2 cup          MARIGOLD HL Milk perisa coklat
2 1/2 cup          Nestle Coffemate Coffemate Powder
1 pek kecil        Biskut Oreo 

Cara-cara

Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit.    Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. (Tak payah letak gula sbb biskut dah manis)

Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, keluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.

Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. 
Selamat mencuba.

:)

Labels: 2 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs

 

Alhamdulilah..di kala pagi yang mendamaikan..bersama riuhnya kicauan burung berterbangan ke sana dan ke mari..mencari sesuap rezeki..bagaikan diri ini yang tersangat busy dalam menjalankan tugas2 harian sebagai seorang staff di sebuah kedai yang terletak di Chendering..Di kala kesibukan dalam bekerja, masih ada lagi ruang waktu untukku menulis blog ku ini sambil menyelak-nyelak blog-blog lain yang sudah tentu pelbagai cara, pelbagai style yang di buat dan pelbagai cerita yang di coretkan di blog2 masing2..




SentiAsA beRsyUkUr di Atas KurNIaan ALLAH S.W.T



waaahh..cantikkk dan menyeronokkan pabila membaca blog2 mereka..ada yang berbincang mengenai kesihatan, perniagaan, luahan perasaan, kegembiraan, kekeluargaan, keagamaan dan yang paling best cerita mengenai pengalaman persediaan for their wedding pun aderrr...waaawww bagusnyer..dengan cara ini, kita dpt memperolehi pengalaman dan belajar untuk membuat persediaan awall dalam menghadapi kemungkinan situasi yang akan datang...



SeNtiAsa MeniMBa iLMu dr PeNgaLAman MaSa LalU...



Hari ini cuti umum..banyak company dan jabatan yang tidak beroperasi hari ini..hanya kelihatan beberapa kedai sahaja yang menjalankan aktiviti harian masing-masing termasuklah company yang sedang ku bekerja ini..demi menjalankan amanah dan tanggungjawab, ku tegarkan semangatku untuk menjalan kan tugas ku sebagai pembantu tadbir di sini.




Labels: 0 comments | | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs



Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs

Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita,secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu laksanakan kepada mereka.

Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.


Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka mesti menghormati iu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua,justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan teguran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.



Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua.Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri di abaikan oleh si suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak kira mertua beragama apa sekalipun,sama seperti  tanggungjawab anak yang sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.


Bagi sesetengah  pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflikantara suami dan isteri. Meskipun  di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi. Hal ini mengimgatkan kita bahawa sebagai anggota dari sebuah keluarga,maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.

Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya.

Sebagai menantu perempuan kia kena mengalah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab trehadap ibu bapanya, ibu bapa mertua, dan keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk menjadi anak dan suami yang soleh.



Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada,agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami,mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh. Untuk mencapai hasrat itu, suami itu perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.

Ada juga mertua yang cerewet dan selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kekadang ianya bergantung kepada anak itu sendiri yangterlalu bergantung dengan ibu bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.

Persoalannya, bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?



Cara mewujudkan hubungan yang baik

Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan berikut:

Berdamai dengan diri sendiri:


Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh itu, jika secara negatif dan selalu menyalahkan orang lain,maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan:”change your thoughts and you will change your world”. Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.

Sebagai contoh masyarakat selalu melemparakn persepsi yang salah terhadap mertua seperti: 

mertua harus di jauhi dan tidak perlu mewujudkan hubungan yang baik dengannya, mertua tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal bersama mertua dan pelbagai prasangka yang lain. 

Persepsi yang tidak baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mertua berkecil hati dan mudah tersinggung.

Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:


Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menentukan hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan, asuhan orang tua atau kualiti hubungan yang terjalin anayra orang tua dengan anaknya merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan, pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak, sikap terhadap pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik, segala emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan rumahtangganya, aib terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna perkahwinan itu sendiri.


Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri

Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasngan dan mertua sperti ibu dan bapanya.Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibu dan bapa sendiri.Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar  kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.


Menantu juga hendaklah menunjukkan sikap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala  sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.


Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian. Namun jika hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha ke arah perdamaian, sudah pastinya matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak tercapai. Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya, mereka tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua, kita hanya boleh memberi nasihat dan panduan kepada anak-anak, tetapi biarlah mereka membuat keputusan sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.

Selain itu, mertua juga haruslah menghormati keputusan anak dan menantu juga. Cuba untuk memahami kehendak dan keperluan mereka. Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam, kita boleh menerima saranan mereka.

Cubalah berbaik-baik dengan menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim yang ada.Dengan cara ini, secara tidak langsung boleh membuatkan kita lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.

Mertua juga perlulah  mencuba untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa dan di sayangi oleh mertuanya.  

Selalu mengambil berat tentang keadaan menantu untuk menunjukkan rasa kasih dan serta keharmonian dalam sesebuah perhubungan.


yN GbOOk