yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
smile always
PenGertiAN...


Maskahwin atau nama lainnya MAHAR adalah pemberian yang wajib dilafazkan ketika akad nikah dan wajib diberi oleh para suamy kepada isterynya setelah sah diijabkabulkan.

Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa', ayat 4 :-

yang bermaksud :-
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka".

Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya  sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.   Maskahwin tidak dihadkan oleh syarak berapa banyak yang perlu disediakan oleh para suamy kepada isterynya. Banyak atau sedikitnya maskahwin ini adalah bergantung kepada situasi keadaan dan ekonomi keluarga kedua-dua belah pihak. Terpulang lah kepada kedua belah pihak untuk menetukannya mengikut kemampuan masing-masing. 


Adapun maskahwin ini juga ditentukan mengikut taraf pendidikan pasangan atau darjat keturunan pasangan yang mana menyebabkan kerumitan bagi pihak suamy untuk menyediakan maskahwin tersebut hanya kerana tidak berkemampuan untuk menyediakannya. Hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan kesulitan bagi pihak suamy.


Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.



Riwayat Abu Daud, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :-
"Sebaik-baik maskahwin adalah yang lebih rendah".

Riwayat Ahmad, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :-
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya".

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." 
( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.


**RUJUKAN : CARA HIDUP ISLAM



MAhaR

MaHar MisiL :- Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat seperti kakak. Di samping itu, perlu juga menilai keadaan perempuan itu sendiri dari aspek keagamaan, keilmuan, kecantikan, kekayaan, pelajaran, dan lain-lain.

MaHar MussammAr :- Mahar yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara perempuan itu.

Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar  musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :- 


1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri. 
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.


Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 )  dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta303 ) berbunyi seperti berikut  :- 
   
(1)   Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain. 

(2)  Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :- 

a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin
b) nilai dan butir-butir lain pemberian
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian







0 Responses

yN GbOOk