yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
smile always



SyuKur PaDa-Mu Ya Allah,..Kau berikan kami kebahagiaan yang tersangat indah buat kami..Kau juga telah mmengurniakan ikatan pertunangan ini dengan Rahmat Mu..InsyaAllah...Ku pohon pada Mu agar Engkau mempermudahkan segala urusan kami dalam mencari makna IkAtaN PerNiKAhAn sejajar dengan Syariat Mu, Ya Allah...Amin..

yN crEATioNs
smile always


KeLebiHaN BuLaN R3jAb

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. 

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. 

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


PuAsA di BuLaN ReJab 


Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1.         Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 

2.         Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3.         Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.

4.         Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5.         Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.

6.         Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

RUJUKAN: http://www.yussamir.com       

                  http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/06/kelebihan-bulan-rejab.html





Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs
smile always


ImPiAN

Definisi Impian ialah barang yang diimpikan atau sesuatu yang diidamkan untuk dimiliki. Impian juga boleh di sama ertikan dengan perkataan dambaan, angan-angan, idaman dan sebagainya.

ApAkaH iMpiAn Kiter…?





8 CaRa iStEri DaMBaAn SuaMy




1. Isteri yang cerdik


Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!




2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.


3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.



4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.


5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.



6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.



7. Perunding imej


Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.




8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.






Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs
smile always



GuRu

Guru merupakan perkataan asal dari bahasa Sanskrit. Guru dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga boleh diistilahkan sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan.

Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru di peringkat ini perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta mesti memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Dari segi agama pula misalnya agama Islam, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para ulama yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian, kehidupan sosiologi, politik dan segala-galanya yang bereraskan syariah islamiayah.

RUJUKAN : WIKIPEDIA GURU    
                     WIKIPEDIA HARI GURU


HaRi GuRu

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.


ObJeKtiF HaRi GuRu

  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

TeMa HaRi GuRu

  1. 1972    Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973    Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974    Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975    Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976    Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977    Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978    Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979    Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980    Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981     Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982    Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983    Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984    Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985    Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986    Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987    Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988    Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989    Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989    Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990    Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991     Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992    Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993    Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994    Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995    Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996    Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997    Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998    Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999    Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001    Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002    Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003    Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005    Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006    Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007    Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008    Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009    Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010    Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011    Guru penjana transformasi pendidikan negara
  42. 2012    Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Moh Kiter SeLak :-






Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs


smile always
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
yN crEATioNs
smile always


LOv3 iS ChANge 3vErYtHiNg..CLimIe FiShEr...



Alhamdulillah...MoGa AllaH MeRahMati Kami...amin

yN crEATioNs
smile always

Sy suka dengar lagu nie..menyentuh jiwa..


hepi listening...:)
yN crEATioNs



Apakah yang dimaksudkan dengan ipar duai?

Ipar duai ialah adik-beradik suami atau isteri kita dan biras kepada kita yakni suami atau isteri kepada adik beradik suami atau isteri kita tadi. Ipar juga adalah mahram sementara iaitu ipar boleh menikahi adik ipar apabila sudah bercerai hidup atau mati dengan kakak pada adik ipar itu. Ramai di kalangan masyarakat kita sekarang alpa terhadap adab ketika bersama dengan golongan ini.

Bila telah berumahtangga sikap saling percaya-mempercayai merupakan tonggak utama.. keikhlasan dalam segala hal yang kita lakukan dalam rumahtangga bergantung atas tanggungjawab dan kehendak kita sendiri.. bukan dengan dasar paksaan atau desakan org lain... Orang lain hanya boleh memandang apa yg mereka lihat... menilai perkara yg di luar pengetahuan mereka.. tidak sedar dan tidak tahu perkara tersimpan yang tidak nampak di mata... hidup berumahtangga tidak semudah disangka... maruah suami terletak di tangan isteri... maruah isteri di tangan suami.. perlu bijak menilai dan menganalisa setiap kata yang kita dengari... jangan biarkan kata-kata sesiapa yang boleh merosakkan keharmonian rumahtangga yang setelah sekian lama dibina... hanya kita yg lebih mengenali pasangan kita dan kita lebih mengetahui atas sebab apa kita ingin meneruskan hidup kita bersamanya..... 




Sebenarnya aurat kita bersama dengan ipar duai ini adalah sama dengan aurat kita dengan golongan ajnabi yang lain. Jadi sememangnya kita wajib menjaga aurat dan batas pergaulan agar tidak mendatangkan fitnah.

Sabda Rasulullah s.a.w.'Sesungguhnya,seandainya dicucukkan jarum besi di kepala seseorang lelaki,adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorangperempuan yang tidak halal baginya'.



Orang perempuan yang tidak halal bagi orang lelaki iaitu orang yang bukan muhrimnya seperi berikut:
  • Anak-anak perempuan kepada adik beradik bapa dan emak kamu iaitu sepupu kamu.
  • Sepupu perempuan kepada emak,bapa,nenek dan datuk kamu dan seterusnya.
  • Adik dan kakak ipar perempuan
  • Isteri kepada bapa saudara,tok saudara keatas
  • Ibu mertua kepada adik/abang/kakak
  • Adik/kakak perempuan kepada adik/kakak/abang ipar
  • Anak perempuan kepada adik beradik perempuan kamu
  • Kesemua perempuan yang tiada ikatan keluarga samaada islam atau kafir selain daripada ang disenaraikan diatas.


Dan firman Allah ada menegaskan yang mana bermaksud:

'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah ereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginankepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang tentang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(An Nur:31)'



Golongan yang boleh diperlihatkan aurat ialah golongan yang tersenarai dalam ayat diatas. Ipar atau biras tidak termasuk dalam golongan yang halal dipertontonkan perhiasan wanita. Jadi jelaslah kepada kita tentang batas-batas pergaulan dengan ipar duai. Maka wajiblah ke atas kita menjaga  adab dan aurat kita ketika bersama mereka.

Sebagai individu yang mempunyai adik-beradik yang antaranya telah mendirikan rumahtangga, kita juga perlu tahu adab sesama ipar... jangan terlalu menjaga tepi kain rumahtangga orang.. mereka telah dewasa dan juga tahu berfikir.. baik dan buruk biar mereka tadbir sendiri rumah dan tangga yang dibina.. layak kita nasihati cuma bila diminta.. adab menasihati.. perkara yang berbau peribadi.. lakukan secara peribadi... bukan di hadapan everybody.... 




Tidak dinafikan, sudah sudah seolah-olah menjadi budaya yang kebanyakan wanita tdak menjaga aurat dihadapan ipar. Walaupun tinggal serumah diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, aurat masih perlu dijaga. Cuba untuk elak dari berdua-duaan dengan ipar duai dan juga usah layani kerenah mereka bila isteri mereka tiada. Berhati-hati akan jerangkap samar syaitan yang sering mencari kelemahan kita.



Dan di bawah ini ialah nama-nama syaitan yang tidak pernah mengenal erti jemu daripada mengacau kehidupan manusia:

a) Thibr - menggoda dan membisikkankepada manusia supaya melakukan kebinasaan,merobek dan mengoyak baju,menampar muka dan menjerit-jerit seperti mana mereka yang melakukan semasa zaman jahiliah bila berlaku kematian.

b)  A’war - mendesak, menggoda dan mendorong manusia untuk melakukan  zina.

c)   Mabsut - mendorong manusia supaya berdusta.

d)  Dasim - menggoda manusia supaya bersengketa dengan saudara mara dan menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga.

e)  Zalanbur - sentiasa berlegar di pasar meransang agar melakukan penipuan dalam perniagaan,menipu timbang,menyorok barang untuk di naikkan harga dan sebagainya.

f) Khinzab - kerjanya menghalangi dan mengelirukan dalam sembahyang seperti mana yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh Uthman bin Abdul Asy tentang nama syaitan yang telah menghalangi antaraku dan sembahyangku.(HR Muslim)



Adat manusia.. tidak lepas dari salah dan khilaf... sama² kita nasihat menasihati... mana yang tak betul kita perbaiki... tapi elakkan diri kita dari menghakimi sesuatu yg kita sendiri tidak pasti... sekadar pemerhatian dari mata kasar tidak memadai untuk kita menilai hati dan budi....



Rujukan :-





yN crEATioNs

PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM



Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. 


Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama. 




Adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan. 


Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga. 


Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam. 


Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: 

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.” 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: 

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.” 

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu. 

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. 


Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu. 

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua. 

Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga. 

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini. 

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik. 


Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sebentuk cincin saja. 

Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga. 

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati. 

Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.” 

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud: 

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya.” 

Bersabda baginda lagi yang bermaksud: 

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.” 


Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda. 

Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). 

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja. 

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: 

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.” 

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki. 

Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. 

Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.


Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak. 

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia. 

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. 

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat. 

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang. 

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. 
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. 


Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Dilarang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan.” 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: 

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

Rujukan : syokkawin



yN GbOOk