yN LoveLy BudDieS

APAKAH NOmboR ?

Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitung atau ukuran. Nombor diwakili simbol atau bentuk yang dikenali sebagai angka. Dalam penggunaan biasa, kita sering menggunakan nombor sebagai rujukan seperti label, penunjuk susunan dan kod barang.

Dalam matematik, takrif nombor telah diperluaskan kepada pecahan, nisbah serta pelbagai nombor negatif, nombor kompleks dan sebagainya.

Beberapa operasi aritmatik untukm nombor seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai skala algebra iaitu kajian tentang sistem-sistem nombor seperti kumpulan, gelanggang dan medan.

Rujukan : WIKIPEDIA


MaRi kIta mEngENAL NoMBor


SATU / ONE 

DUA / TWO

TIGA / THREE

EMPAT / FOUR

LIMA / FIVE

ENAM / SIX

TUJUH / SEVEN

LAPAN / EIGHT

SEMBILAN / NINE

SEPULUH / TEN

BeRMaiN NoMBoR


OpErAsi NoMBor


Pembelajaran asas bagi operasi nombor melibatkan konsep tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi (÷). Operasi ini banyak digunakan dalam menilai jumlah sesuatu kuantiti barangan. Operasi nombor ini sangan berguna dalam kehidupan seharian kita kerana ianya dapat memudahkan kita dalam menyelesaikan sesuatu sukatan tanpa menggunakan masa yang lama untuk perkara yang sama.


Dalam sektor industri pula, Operasi Nombor juga digunakan dan diperluaskan dengan menggunakan sistem operasi lain iaitu punca kuasa dua, punca kuasa tiga, kaedah penjanaan, kaedah eksponen, LOGIC, dan sebagainya. Terdapat juga beberapa SOFTWARE yang digunakan untuk memudahkan lagi pengiraan dalam mencapai kuantiti dan kualiti dalam menghasilkan sesuatu produk antaranya SPSS, S-PLUS, MAPLE-16, MATHLAB dan sebagainya.




OpERaSi TaMBaH

Definisi TAMBAH ialah sesuatu yang ditokok atau tambahan sedikit pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak. Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses beberapa kumpulan kecil yang disatukan membentuk suatu jumlah kumpulan yang lebih besar. Operasi Tambah merupakan gabungan antara beberapa set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.

Contoh 1 :-
Contoh 2 :-


Mari BermaIN :-

1) Puzzle


OpERaSi ToLaK

Manakala konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Operasi Tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut :

1)     Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan.
2) Memisahkan atau mmengurangkan kuantiti drp satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
3)  Berapa lagi yang diperlukan? Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal.

Penolakan juga merupakan operasi songsang bagi penambahan. Hasil penolakan, iaitu perbezaan merupakan hasil tolakan subtrahend dari minuend. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nomobr positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi sifar.

Contoh 1 :-


Contoh 2 :-


Contoh 3 :-


Rujukan : Tokok
                    Tambah
                    Konsep Math Pra Sekolah


PenDaRAbAN ( x)

Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darab. Indentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.

Contoh 1 :-  
Kita lihat sahaja hasil pendaraban apa-apa nombor dengan 1 akan menghasilkan nombor tersebut iaitu :-

Contoh 2 :-
Mari kita memerhati dan mengkaji carta hasil pendaraban ini :-


Carta ini lebih memudahkan kita untuk melihat hasil darab asas nombor-nombor nyata tersebut.
Perhatikan Carta dibawah ini pula, saya telah mewarnakan Lajur paling kiri dengan Baris paling atas dengan warna kuning. Baris dan Lajur ini merujuk kepada nombor nyata yang ingin kita darabkan. 


Cuba kita lihat Carta di bawah ini. Ini menunjukkan contoh hasil darab sesuatu nombor dengan nombor yang sama. Ia dikenali sebagai kuasa dua (2)










yN GbOOk