yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
APAKAH NOmboR ?

Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitung atau ukuran. Nombor diwakili simbol atau bentuk yang dikenali sebagai angka. Dalam penggunaan biasa, kita sering menggunakan nombor sebagai rujukan seperti label, penunjuk susunan dan kod barang.

Dalam matematik, takrif nombor telah diperluaskan kepada pecahan, nisbah serta pelbagai nombor negatif, nombor kompleks dan sebagainya.

Beberapa operasi aritmatik untukm nombor seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai skala algebra iaitu kajian tentang sistem-sistem nombor seperti kumpulan, gelanggang dan medan.

Rujukan : WIKIPEDIA

MaRi kIta mEngENAL NoMBor

SATU / ONE 

DUA / TWO

TIGA / THREE

EMPAT / FOUR

LIMA / FIVE

ENAM / SIX

TUJUH / SEVEN

LAPAN / EIGHT

SEMBILAN / NINE

SEPULUH / TEN

BeRMaiN NoMBoR


OpErAsi NoMBor


Pembelajaran asas bagi operasi nombor melibatkan konsep tambah (+), tolak (-), darab (x) dan bahagi (÷). Operasi ini banyak digunakan dalam menilai jumlah sesuatu kuantiti barangan. Operasi nombor ini sangan berguna dalam kehidupan seharian kita kerana ianya dapat memudahkan kita dalam menyelesaikan sesuatu sukatan tanpa menggunakan masa yang lama untuk perkara yang sama.


Dalam sektor industri pula, Operasi Nombor juga digunakan dan diperluaskan dengan menggunakan sistem operasi lain iaitu punca kuasa dua, punca kuasa tiga, kaedah penjanaan, kaedah eksponen, LOGIC, dan sebagainya. Terdapat juga beberapa SOFTWARE yang digunakan untuk memudahkan lagi pengiraan dalam mencapai kuantiti dan kualiti dalam menghasilkan sesuatu produk antaranya SPSS, S-PLUS, MAPLE-16, MATHLAB dan sebagainya.


OpERaSi TaMBaH

Definisi TAMBAH ialah sesuatu yang ditokok atau tambahan sedikit pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih banyak. Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses beberapa kumpulan kecil yang disatukan membentuk suatu jumlah kumpulan yang lebih besar. Operasi Tambah merupakan gabungan antara beberapa set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.

Contoh 1 :-
Contoh 2 :-


Mari BermaIN :-

1) Puzzle


OpERaSi ToLaK

Manakala konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya. Operasi Tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut :

1)     Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan melibatkan perbezaan.
2) Memisahkan atau mmengurangkan kuantiti drp satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
3)  Berapa lagi yang diperlukan? Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal.

Penolakan juga merupakan operasi songsang bagi penambahan. Hasil penolakan, iaitu perbezaan merupakan hasil tolakan subtrahend dari minuend. Kalau nilai minuend lebih besar daripada subtrahend, perbezaan akan menjadi nomobr positif, dan vice versa. Kalau minuend sama dengan subtrahend, perbezaan akan menjadi sifar.

Contoh 1 :-


Contoh 2 :-


Contoh 3 :-


Rujukan : Tokok
                    Tambah
                    Konsep Math Pra Sekolah


PenDaRAbAN ( x)

Pendaraban merupakan penambahan berkali-kali. Pendaraban antara dua nombor, dipanggil faktor menghasilkan hasil darabIndentiti pendaraban ialah nombor 1, kerana apa-apa nombor yang didarab dengan 1 akan menghasilkan nombor itu yang sama.

Contoh 1 :-  
Kita lihat sahaja hasil pendaraban apa-apa nombor dengan 1 akan menghasilkan nombor tersebut iaitu :-

Contoh 2 :-
Mari kita memerhati dan mengkaji carta hasil pendaraban ini :-


Carta ini lebih memudahkan kita untuk melihat hasil darab asas nombor-nombor nyata tersebut.
Perhatikan Carta dibawah ini pula, saya telah mewarnakan Lajur paling kiri dengan Baris paling atas dengan warna kuning. Baris dan Lajur ini merujuk kepada nombor nyata yang ingin kita darabkan. 


Cuba kita lihat Carta di bawah ini. Ini menunjukkan contoh hasil darab sesuatu nombor dengan nombor yang sama. Ia dikenali sebagai kuasa dua (2)






Smile Always


yN crEATioNs
Selalu kita dengar banyak luahan dan komen di kalangan mereka yang menetap di rumah superlink, atau apartments, flats, pangsapuri dan yang seumpamanya..

Salah satu antaranya bunyi bising, kadang sehingga tengah malam..memang akan membuatkan kita stress lebih lebih lagi kalo bunyi tu datang dr orang dewasa dan kanak-kanak 7y keatas yg dah tahu erti disiplin di sekolah..

Namun ada segelintir masyarakat menganggap bising yg datang dari kanak-kanak under 5y adalah satu perkara yang salah..kenapa yer..?

Cuba kita renungkan, kanak-kanak under 5y ni adalah golongan yang belum mengerti apa itu bising, senyap, disiplin..apa yg mereka tahu ialah main kerana itu adalah terapi untuk mereka merangsang kreativiti mereka.

"Ala, mak pak boleh ajar", "mak pak tak tegurke" itu antara perkataan yg sering kita cakap kat mereka yg punyai anak yg aktif..HELLo dear, xde mak pak yang sengaja biarkan anak main sesuka hati tanpa ada guide ok..Setiap kali ank main, ofkos mereka akan sentiasa mengingatkan anak-anak supaya jangan bising sgt, nanti jiran dengar..

Cuba bayangkan kalo mereka berlari dalam keadaan tapak kaki tak bunyi kelantai,mana mungkin..takkan nak suruh dorang berjalan macam jepun pakai kimono?๐Ÿ˜…๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚.. sepatutnya kita memahami keadaan mereka..tak perlu nak komen bagai..cuba kalo kita letak diri kita kat tempat ibu bapa yg punyai ank ank anak yang aktif..baru kita tau ape perasaan mereka..

Yang kita patut marah dan tegur, adalah

1)bising yg datang dari org dewasa,
2)bising yang datang dari kanak-kanak 7y keatas yg dah biasa dengan disiplin skolah,
3)kanak kanak yang bermain atau bergaduh sambil pegang benda tajam, baling2 periuk kuali..

oklah sampai sini dulu YN bebel yer..

smile always๐Ÿ˜‰


yN crEATioNs
smile always

ADAB MENZIARAH ORANG

Dengar je ada orang sakit, orang meninggal, orang bersalin dan macam2 lagi lah, semua pakat nak pergi ziarah..semua tu pahala kan, jadi memang x hairan lah kan.

Namun kita kena sedia maklum, ada cara atau adab nak menziarahi orang ni lebih2 lagi kalau orang tu baru sahaja pulang dari hospital.

Saya bagi contoh:

Jiran kita baru pulang dari hospital disebabkan bersalin anak ke 4. Dia berpantang di rumah nya sendiri. Hanya dia, suami dia dan anak2nya sahaja yang umur hanya 7, 4, dan 3 tahun.

Bukan kata parents xada, cuma mereka xnak menyusahkan parents mereka yg sudah tua atau tahap kesihatan parents mereka yanh xberapa baik.

Hari pertama jiran kita berpantang di rumah, konon kita lah 1st tetamu yang dtg menjenguk..pagi2 lagi datang, alhamdulillah..

Namun, bila kita datang if ada la ternampak pinggan sebiji dua xterbasuh ke, baju selai dua tidak berlipat ke atau dapur gas tu tak berlap ke, apa kita akan buat..?

Jangan di komen dan jangan di anggap bahawa jiran kita itu pemalas 'ni mesti masa perut dia tengah boyot aritu, dia malas nak kemas, dibiar je macam tu, dgn dapur nya berminyak'..

Hello, tiada wanita, istry, dan ibu mahu tinggalkan suamy dan ank2 nya di rumah dlm keadaan kotor. Saya percaya jiran kita tu pasti sudah mengemas rumah nya sebelum ke hospital.

Mungkin sewaktu dia warded, suamynya guna dapur tu untuk panaskan lauk. kita tak tau kan..

Kalau kita rasa rajin, dan kesiankan jiran kita tu apalah salahnya tolong mana2 yang patut..Kalau nampak pinggan ada satu dua yg tak basuh, tolong basuhkan, ada baju selai dua tak berlipat tolong lipatkan..tu semua pahala jugak kan..

Tapi kalo kita rasa malas atau banyak kerja lain lg nak buat tak payah buat, just pejamkan mata sahaja. Biasalah rumah anak ramai, baru bersalin..takpayah la duk mengata, mengomen atau canangkan dekat orang lain rumah si anu tu bersepah.

Sekian dulu YN bebel untuk hari ni..nanti kita sambung..๐Ÿ˜˜
yN crEATioNs



Topman ditubuhkan sejak tahun 1978. Kini Topman telah mempunyai 250 buah cawangan di UK dan juga telah melebarkan sayapnya sebanyak 154 buah cawangan lagi di 31 buah negara. Topman adalah sebuah jenama yang mendominasikan gaya ala British.

 Di Malaysia sendiri, butik Topman boleh didapati di mana-mana pusat membeli-belah di ibu kota dengan menawarkan koleksi pakaian lelaki khusus untuk mereka yang bercitarasa moden. Koleksi pakaian kasual lelaki seperti jeans, t-shirt, kemeja dan aksesori lelaki TOPMAN Malaysia bukan sahaja trendi, malah boleh dimiliki dalam tawaran harga yang cukup berpatutan

Topman juga melancarkan 100 produk baru pada setiap minggu demi memenuhi citarasa para penggemar fesyen. Oleh itu, tidak hairanlah jika Topman sentiasa menjadi jenama pilihan no.1 di serata dunia.

 Salah satu keluaran produk Topman yang sering dinanti-nantikan oleh para penggemar fesyen adalah koleksi jeans Topman! Topman membariskan aneka rekaan jeans lelaki yang trendi dan sesuai untuk digayakan bagi mana-mana lelaki.

Berikut merupakan tips pemakaian jeans Topman untuk inspirasi anda ;



Gaya paling selamat adalah dengan padanan jeans Topman dan t-shirt kegemaran anda.



Untuk penampilan smart dan kasual pula, padankan jeans tersebut dengan baju kemeja seperti berikut dan sarungkan sepasang loafer untuk pasanan yang lebih sempurna.



Atau anda boleh padankan jeans dan kemeja bersama smart blazer yg sesuai...anda akan kelihatan lebih segak dan sesuai digayakan di majlis2 rasmi..



Atau anda boleh mengenakan padanan jeans Topman dan t-shirt tadi dengan pemakaian outerwear dan boots seperti berikut untuk penampilan yang lebih ranggi.


yN GbOOk