smile always
8 CaRa iStEri DaMBaAn SuaMy
1. Isteri yang cerdik
ImPiAN
Definisi
Impian ialah barang yang diimpikan atau sesuatu yang diidamkan untuk dimiliki. Impian juga boleh di sama ertikan dengan perkataan dambaan, angan-angan, idaman dan sebagainya.
ApAkaH
iMpiAn Kiter…?
8 CaRa iStEri DaMBaAn SuaMy
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan
cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda
tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan
benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di
waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat
perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
2.’Assistant’
dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang
isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami.
Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai
seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi
keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika
anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu
meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus
yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam
segala hal
Suami diberikan kuasa
untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi
tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai
isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak,
kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan
dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri.
Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan
semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari
bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di
belakang suami
Ramai isteri mengharapkan
suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami
lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka.
Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata
semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat
demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda.
Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi
anda berdua.
5. Menjaga perut
suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya
seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih
sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin
masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan
air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah
tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya,
tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha
menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga
diri
Isteri perlu pandai jaga
diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana
berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai
jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak
hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di
pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami.
Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih
lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan
ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah
situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga
keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk
menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan
bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda.
Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat
tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung
sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima
dirinya dan keluarganya.