Apakah yang dimaksudkan
dengan ipar duai?
Ipar duai ialah adik-beradik suami atau isteri kita dan biras
kepada kita yakni suami atau isteri kepada adik beradik suami atau isteri kita
tadi. Ipar juga adalah mahram sementara iaitu ipar boleh menikahi adik ipar
apabila sudah bercerai hidup atau mati dengan kakak pada adik ipar itu. Ramai di
kalangan masyarakat kita sekarang alpa terhadap adab ketika bersama dengan
golongan ini.
Bila telah berumahtangga
sikap saling percaya-mempercayai merupakan tonggak utama.. keikhlasan dalam
segala hal yang kita lakukan dalam rumahtangga bergantung atas tanggungjawab dan kehendak
kita sendiri.. bukan dengan dasar paksaan atau desakan org lain... Orang lain hanya
boleh memandang apa yg mereka lihat... menilai perkara yg di luar pengetahuan
mereka.. tidak sedar dan tidak tahu perkara tersimpan yang tidak nampak di
mata... hidup berumahtangga tidak semudah disangka... maruah suami terletak di
tangan isteri... maruah isteri di tangan suami.. perlu bijak menilai dan
menganalisa setiap kata yang kita dengari... jangan biarkan kata-kata sesiapa yang boleh merosakkan
keharmonian rumahtangga yang setelah sekian lama dibina... hanya kita yg lebih mengenali pasangan
kita dan kita lebih mengetahui atas sebab apa kita ingin meneruskan hidup kita bersamanya.....
Sebenarnya aurat kita bersama
dengan ipar duai ini adalah sama dengan aurat kita dengan golongan ajnabi yang
lain. Jadi sememangnya kita wajib menjaga aurat dan batas pergaulan agar tidak
mendatangkan fitnah.
Sabda Rasulullah s.a.w.'Sesungguhnya,seandainya
dicucukkan jarum besi di kepala seseorang lelaki,adalah lebih baik baginya
daripada dia menyentuh seorangperempuan yang tidak halal baginya'.
Orang perempuan yang tidak
halal bagi orang lelaki iaitu orang yang bukan muhrimnya seperi berikut:
- Anak-anak perempuan kepada adik beradik bapa dan emak kamu iaitu sepupu kamu.
- Sepupu perempuan kepada emak,bapa,nenek dan datuk kamu dan seterusnya.
- Adik dan kakak ipar perempuan
- Isteri kepada bapa saudara,tok saudara keatas
- Ibu mertua kepada adik/abang/kakak
- Adik/kakak perempuan kepada adik/kakak/abang ipar
- Anak perempuan kepada adik beradik perempuan kamu
- Kesemua perempuan yang tiada ikatan keluarga samaada islam atau kafir selain daripada ang disenaraikan diatas.
Dan firman Allah ada
menegaskan yang mana bermaksud:
'Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan
janganlah ereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,atau anak-anak
tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau
perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginankepada perempuan atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang tentang apa yang tersembunyi
dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai
orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.(An Nur:31)'
Golongan yang boleh
diperlihatkan aurat ialah golongan yang tersenarai dalam ayat diatas. Ipar atau
biras tidak termasuk dalam golongan yang halal dipertontonkan perhiasan
wanita. Jadi jelaslah kepada kita tentang batas-batas pergaulan dengan ipar
duai. Maka wajiblah ke atas kita menjaga adab dan aurat kita ketika bersama
mereka.
Sebagai individu yang
mempunyai adik-beradik yang antaranya telah mendirikan rumahtangga, kita juga
perlu tahu adab sesama ipar... jangan terlalu menjaga tepi kain rumahtangga
orang.. mereka telah dewasa dan juga tahu berfikir.. baik dan buruk biar mereka tadbir
sendiri rumah dan tangga yang dibina.. layak kita nasihati cuma bila diminta..
adab menasihati.. perkara yang berbau peribadi.. lakukan secara peribadi...
bukan di hadapan everybody....
Tidak dinafikan, sudah sudah
seolah-olah menjadi budaya yang kebanyakan wanita tdak menjaga aurat dihadapan
ipar. Walaupun tinggal serumah diatas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, aurat masih perlu dijaga. Cuba untuk elak dari berdua-duaan dengan
ipar duai dan juga usah layani kerenah mereka bila isteri mereka
tiada. Berhati-hati akan jerangkap samar syaitan yang sering mencari kelemahan
kita.
Dan di bawah ini ialah
nama-nama syaitan yang tidak pernah mengenal erti jemu daripada mengacau
kehidupan manusia:
a) Thibr - menggoda dan membisikkankepada manusia supaya melakukan
kebinasaan,merobek dan mengoyak baju,menampar muka dan menjerit-jerit seperti
mana mereka yang melakukan semasa zaman jahiliah bila berlaku kematian.
b) A’war - mendesak, menggoda dan mendorong manusia untuk melakukan zina.
c) Mabsut - mendorong manusia supaya berdusta.
d) Dasim - menggoda manusia supaya bersengketa dengan saudara mara dan menyebabkan
berlakunya pergaduhan dalam keluarga.
e) Zalanbur - sentiasa berlegar di pasar meransang agar melakukan penipuan dalam
perniagaan,menipu timbang,menyorok barang untuk di naikkan harga dan
sebagainya.
f) Khinzab - kerjanya menghalangi dan mengelirukan dalam sembahyang seperti mana
yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh Uthman bin Abdul
Asy tentang nama syaitan yang telah menghalangi antaraku dan sembahyangku.(HR
Muslim)
Adat manusia.. tidak lepas
dari salah dan khilaf... sama² kita nasihat menasihati... mana yang tak betul
kita perbaiki... tapi elakkan diri kita dari menghakimi sesuatu yg kita sendiri
tidak pasti... sekadar pemerhatian dari mata kasar tidak memadai untuk kita
menilai hati dan budi....
Rujukan
:-