yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
smile always



GuRu

Guru merupakan perkataan asal dari bahasa Sanskrit. Guru dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga boleh diistilahkan sebagai seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan.

Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru di peringkat ini perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta mesti memperkukuhkan pengetahuan mereka dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.

Dari segi agama pula misalnya agama Islam, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para ulama yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian, kehidupan sosiologi, politik dan segala-galanya yang bereraskan syariah islamiayah.

RUJUKAN : WIKIPEDIA GURU    
                     WIKIPEDIA HARI GURU


HaRi GuRu

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun. Tetapi di Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru.


ObJeKtiF HaRi GuRu

  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

TeMa HaRi GuRu

  1. 1972    Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973    Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974    Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975    Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976    Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977    Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978    Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979    Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980    Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981     Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982    Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983    Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984    Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985    Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986    Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987    Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988    Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989    Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989    Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990    Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991     Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992    Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993    Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994    Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995    Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996    Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997    Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998    Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999    Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001    Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002    Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003    Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005    Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006    Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007    Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008    Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009    Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010    Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011    Guru penjana transformasi pendidikan negara
  42. 2012    Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Moh Kiter SeLak :-






Labels: | edit post
0 Responses

yN GbOOk