Adab Menantu Terhadap Mertua & Mertua Terhadap Menantu
Apabila kita bernikah sahaja
dengan pasangan kita,secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibu
bapa mertua.Taraf dan penghormatan kita terhadap ibu bapa mertua ini
sama seperti ibu bapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu
laksanakan kepada mereka.
Hari ini, ramai yang salah anggap
mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada
rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati
seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.
Apabila wujud rasa kurang
hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak akan
berlaku, walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mertua. Menantu
lelaki terutamanya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua
berbeza dengan menantu perempuan. Kalau seorang wanita perlu meletakkan
suami sebagai individu yang sangat perlu dihormati dan ditaati selepas
Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mertua, mereka
mesti menghormati iu mertua diikuti bapa mertua selepas Allah dan Rasul
sepertimana dia menghormati kedua ibu bapanya.
Islam meletakkan martabat yang
tinggi terhadap ibu,bapa dan juga mertua,justeru tanggungjawab itu tidak
boleh di abaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan teguran dari mertua
seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Kesejahteraan rumah tangga amat
bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa
mertua.Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan
menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri di abaikan oleh si
suami. Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mertua adalah sama tidak
kira mertua beragama apa sekalipun,sama seperti tanggungjawab anak yang
sudah memeluk islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk islam.
Bagi sesetengah
pasangan,permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali
menjadi punca timbulnya konflikantara suami dan isteri. Meskipun di
zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan
mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua
tidak lagi terjadi. Hal ini mengimgatkan kita bahawa sebagai anggota dari
sebuah keluarga,maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan
saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si
datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu
mereka.
Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan trehadap mereka? Mesti ada pro dan kontranya.
Sebagai menantu perempuan kia kena mengalah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang
suami, seorang suami perlu mendahulukan ibu bapanya dari isteri. Suami yang
baik akan bertanggungjawab trehadap ibu bapanya, ibu bapa mertua, dan
keluarganya sendiri. Sebagai isteri kita sepatutnya membantu suami untuk
menjadi anak dan suami yang soleh.
Sekiranya ada apa-apa perbincangan
dan permuafakatan perlu ada,agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai
seorang isteri yang sayangkan suami,mestilah kita mahu dia menjadi
seorang hamba yang soleh. Untuk mencapai hasrat itu, suami itu
perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab
suami ialah berbakti kepada ibu bapanya.
Ada juga mertua yang cerewet dan
selalu mencampuri urusan rumah tangga anak-anak mereka sehingga anak
menantu bercerai-berai. Namun tidak dinafikan, kekadang ianya
bergantung kepada anak itu sendiri yangterlalu bergantung dengan ibu
bapa mereka sekalipun telah berumah tangga.
Persoalannya, bagaimanakah cara menangani masalah ini sehingga hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni?
Cara mewujudkan hubungan yang baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu
masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita
hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar
penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit. Maka bagi mereka yang mengalami
masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan
beberapa saranan berikut:
Berdamai dengan diri sendiri:
Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.
Oleh itu, jika secara negatif
dan selalu menyalahkan orang lain,maka sekarang belajarlah sedikit demi
sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan
mengubah pola pemikiran kita sendiri. Ingatlah ungkapan yang mengatakan:”change your thoughts and you will change your world”. Hal
ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di
dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana
terdapat pasangan yang dari awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap
yang negatif terhadap mertua.
Sebagai contoh masyarakat selalu
melemparakn persepsi yang salah terhadap mertua seperti:
mertua harus
di jauhi dan tidak perlu mewujudkan hubungan yang baik dengannya, mertua
tidak boleh dibawa tinggal bersama ataupun menantu tidak boleh tinggal
bersama mertua dan pelbagai prasangka yang lain.
Persepsi yang tidak
baik ini jika tertanam dalam pemikiran seseorang akan menyebabkan mertua
berkecil hati dan mudah tersinggung.
Mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut:
Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan budaya keluarga disini ialah latar belakang yang seringkali berbeza, sama ada yang menentukan hal-hal berkenaan tempat tinggal ataupun pengalaman peribadi yang selama ini menjadi pegangan, didikan dan kebiasaan dalam sesebuah keluarga dimana segalanya ini tentu sekali akan membentu karaktor, sikap dan pembawaan seseorang individu dalam menjalani kehidupan seharian dan dalam menghadapi sesuatu masalah.
Dengan lain perkataan, asuhan orang
tua atau kualiti hubungan yang terjalin anayra orang tua dengan anaknya
merupakan faktor penting yang boleh mempengaruhi kualiti perkahwinan
seseorang di masa akan datang. Hal ini mencakupi perihal memilih pasangan, pola interaksi komunikasi suami isteri dan anak-anak, sikap terhadap
pasangan dan persepsinya terhadap perananannya dalam keluarganya. Dengan
itu jika proses sosialisasi dengan orang tuanya tidak begitu baik, segala
emosi negatif dari masa lalu aka terbawa-bawa dalam kehidupan
rumahtangganya, aib terhadap diri sendiri, pasangannya dan terhadap makna
perkahwinan itu sendiri.
Menyamakan pasangan dengan ibu atau bapa sendiri
Seringkali tanpa sedar seseorang
akan mencari pasngan dan mertua sperti ibu dan bapanya.Mereka
mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti
perlakuan ibu dan bapa sendiri.Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah
wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.
Sebaliknya menantulah yang harus
mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibu bapa sendiri selaku
orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah
sama dengan taraf ibu bapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah
seperti menderhakai pada orang tua kita.
Menantu juga hendaklah menunjukkan
sikap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang
tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala
sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan lapang dada.
Komunikasi yang bijak akan melahirkan kedamaian. Namun jika hanya
sebelah pihak sahaja yang berusaha ke arah perdamaian, sudah pastinya
matlamat untuk mendapatkan keharmonian dalam rumah tangga tidak
tercapai. Mertua juga seharusnya memainkan peranan yang penting dalam
perkara ini. Ada segelintir mertua yang selalu campur tangan dalam
kehidupan anak-anak mereka walaupun sudah berkahwin. Sewajarnya, mereka
tidak perlulah lagi masuk campur dalam masalah dan kemelut rumah tangga
anak-anak mereka. Berikan mereka ruang untuk berbincang dan
menyelesaikannya dahulu. Sebagai mertua, kita hanya boleh memberi nasihat
dan panduan kepada anak-anak, tetapi biarlah mereka membuat keputusan
sendiri untuk menentukan corak kehidupan mereka.
Selain itu, mertua juga haruslah
menghormati keputusan anak dan menantu juga. Cuba untuk memahami kehendak
dan keperluan mereka. Tiada salahnya kita mendengar pendapat anak-anak
muda. Selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum dan prinsip islam, kita
boleh menerima saranan mereka.
Cubalah berbaik-baik dengan
menantu serta keluarganya untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim
yang ada.Dengan cara ini, secara tidak langsung boleh membuatkan kita
lebih mengenali keperibadian menantu kita itu.
Mertua juga perlulah mencuba
untuk mengajak menantu berbual untuk mengetahui tentang
kesukaannya, masalah yang dihadapi supaya menantu tidak berasa kekok
ketika berada di rumah mereka sekaligus membuatkan menantu lebih selesa
dan di sayangi oleh mertuanya.