yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
smile always

ADAB MENZIARAH ORANG

Dengar je ada orang sakit, orang meninggal, orang bersalin dan macam2 lagi lah, semua pakat nak pergi ziarah..semua tu pahala kan, jadi memang x hairan lah kan.

Namun kita kena sedia maklum, ada cara atau adab nak menziarahi orang ni lebih2 lagi kalau orang tu baru sahaja pulang dari hospital.

Saya bagi contoh:

Jiran kita baru pulang dari hospital disebabkan bersalin anak ke 4. Dia berpantang di rumah nya sendiri. Hanya dia, suami dia dan anak2nya sahaja yang umur hanya 7, 4, dan 3 tahun.

Bukan kata parents xada, cuma mereka xnak menyusahkan parents mereka yg sudah tua atau tahap kesihatan parents mereka yanh xberapa baik.

Hari pertama jiran kita berpantang di rumah, konon kita lah 1st tetamu yang dtg menjenguk..pagi2 lagi datang, alhamdulillah..

Namun, bila kita datang if ada la ternampak pinggan sebiji dua xterbasuh ke, baju selai dua tidak berlipat ke atau dapur gas tu tak berlap ke, apa kita akan buat..?

Jangan di komen dan jangan di anggap bahawa jiran kita itu pemalas 'ni mesti masa perut dia tengah boyot aritu, dia malas nak kemas, dibiar je macam tu, dgn dapur nya berminyak'..

Hello, tiada wanita, istry, dan ibu mahu tinggalkan suamy dan ank2 nya di rumah dlm keadaan kotor. Saya percaya jiran kita tu pasti sudah mengemas rumah nya sebelum ke hospital.

Mungkin sewaktu dia warded, suamynya guna dapur tu untuk panaskan lauk. kita tak tau kan..

Kalau kita rasa rajin, dan kesiankan jiran kita tu apalah salahnya tolong mana2 yang patut..Kalau nampak pinggan ada satu dua yg tak basuh, tolong basuhkan, ada baju selai dua tak berlipat tolong lipatkan..tu semua pahala jugak kan..

Tapi kalo kita rasa malas atau banyak kerja lain lg nak buat tak payah buat, just pejamkan mata sahaja. Biasalah rumah anak ramai, baru bersalin..takpayah la duk mengata, mengomen atau canangkan dekat orang lain rumah si anu tu bersepah.

Sekian dulu YN bebel untuk hari ni..nanti kita sambung..😘
0 Responses

yN GbOOk