Topman ditubuhkan sejak tahun 1978. Kini Topman telah mempunyai 250 buah cawangan di UK dan juga telah melebarkan sayapnya sebanyak 154 buah cawangan lagi di 31 buah negara. Topman adalah sebuah jenama yang mendominasikan gaya ala British.
Di Malaysia sendiri, butik Topman boleh didapati di mana-mana pusat membeli-belah di ibu kota dengan menawarkan koleksi pakaian lelaki khusus untuk mereka yang bercitarasa moden. Koleksi pakaian kasual lelaki seperti jeans, t-shirt, kemeja dan aksesori lelaki TOPMAN Malaysia bukan sahaja trendi, malah boleh dimiliki dalam tawaran harga yang cukup berpatutan.
Topman juga melancarkan 100 produk baru pada setiap minggu demi memenuhi citarasa para penggemar fesyen. Oleh itu, tidak hairanlah jika Topman sentiasa menjadi jenama pilihan no.1 di serata dunia.
Salah satu keluaran produk Topman yang sering dinanti-nantikan oleh para penggemar fesyen adalah koleksi jeans Topman! Topman membariskan aneka rekaan jeans lelaki yang trendi dan sesuai untuk digayakan bagi mana-mana lelaki.
Berikut merupakan tips pemakaian jeans Topman untuk inspirasi anda ;
Gaya paling selamat adalah dengan padanan jeans Topman dan t-shirt kegemaran anda.
Untuk penampilan smart dan kasual pula, padankan jeans tersebut dengan baju kemeja seperti berikut dan sarungkan sepasang loafer untuk pasanan yang lebih sempurna.
Atau anda boleh padankan jeans dan kemeja bersama smart blazer yg sesuai...anda akan kelihatan lebih segak dan sesuai digayakan di majlis2 rasmi..
Atau anda boleh mengenakan padanan jeans Topman dan t-shirt tadi dengan pemakaian outerwear dan boots seperti berikut untuk penampilan yang lebih ranggi.