yN LoveLy BudDieS

yN crEATioNs
smile always

Dalam kesibukan mencari idea for my majlis, tetiba ternampak satu banner ni..GA from Cik Jajika..
yN join la coz nak bagi support untuk Cik Jajika kitew nie....

Add caption

Nak tau hadiah, memang best...jom kLik...Gud Luck..!!
Labels: 12 comments | | edit post
yN crEATioNs
smile always

UnTuK PenGGuNa Internet Explorer


1. Open Internet Explorer. In Internet Explorer go to: Tools -> Internet Options
2. Cari "General" tab, Klik "Settings" untuk ker bahagian Temporary Internet files
3. Klik "View Files"
4. Maka Keluarlah list file kat dalam "Temporary Internet Files" . 
Pastu..Search for cookies: 
ad.yieldmanager.com,
content.yieldmanager.com
yieldmanager.com 
or yieldmanager.net
 and delete them. It's content.yieldmanager.com in our case. 

NOTE:Jika tak dapat mengenali mana satu yang perlu dideletekan, clear all sumer yang ada kat folder nie... 

 # Kat  "General" tab, klik "Delete" under Browsing History in the "Internet Options" dialog box. 
 # In the "Delete Browsing History" dialog box, click to clear all of the check boxes except for the Cookies  check box.
 # Click "Delete".
5.Close that window.
6. To access Internet Explorer's cookie options, select Tools -> Options -> Privacy tab. Then click on "Sites" button

7. Type in yieldmanager.com and click "Block" button. Perlu Juga add  yieldmanager.net to the list. 
Now both domain names should be listed in the "Managed websites" list. 


8. Click "OK" to save the changes. That's it!
Labels: 0 comments | | edit post
yN crEATioNs
smile always
....MemPErKenALkaN....



Nak tau Tak....Untuk contest kali ni HaZwaN HaiRy nak bagi penghargaan kepada semua folowers, readers yang setia dengan blog Hazwan Hairy nih tau...

MemanDangkan yN Baru jew tinjaU-tinJau Blog diq HazwaN nie...tenGok Ada cONtest, Hari Nie Last daY plak tu..Apa Lagi, sebAgai SalaM perKEnaLaN yN kaT diq HazwaN..

Jom Kiter tiNjau-tinjau Blog diq HaZwaN HaiRy nie..blog diq HazwaN saNgaT-saNgat meNAriK peRhaTiaN yN..diq HazwAN sangaT-saNgat KreAtif...apAtah lagi beLiau meMANg friENdLy oraNGnyew taw..sekali yN terJah kat Blog Diew, diew terus daTang and jadi FollowER yN..thANks HazwaN...guD Luck foR u...:)

yN tengok diew punYEr syaRAt pun, mudaH jew...

SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ni

3. Letak header seperti di atas
4. tajuk " CONTEST KE 3 HAZWAN HAIRY"



Untuk contest ni apa yang saya nak anda buat adalah :
1. Buat satu enty dan Nyatakan kenapa anda suka masuk blog hazwan hairy?
    (kalau suka la ea klo xsuka buat2 suka ja xpe..aha xperlu pnjg berjela jnji kreatif)
2. Yang baru FOLLOW  :- 
 Nyatakan persaan anda bila 1stime masuk blog hazwan hairy?
3. Post link anda pada entry ini.

4. Kalau boleh war2 kan kepada rakan2 blogger anda yang lain.

pemenang akan di kira berdasarkan "AYAT KREATIF" dan padat 


KoraNg Nak tahu, Hadiah yang diSediakan bagus-bAGus Juga tau..jOm click siNi...untuk TinJau apaaalaaaah Hadiah Nyew yew...

Apa pun diq HairY, Salam UkhuWah dari yN...:)



Labels: 28 comments | | edit post
yN crEATioNs
smile always
PenGertiAN...


Maskahwin atau nama lainnya MAHAR adalah pemberian yang wajib dilafazkan ketika akad nikah dan wajib diberi oleh para suamy kepada isterynya setelah sah diijabkabulkan.

Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nisa', ayat 4 :-

yang bermaksud :-
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka".

Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya  sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.   Maskahwin tidak dihadkan oleh syarak berapa banyak yang perlu disediakan oleh para suamy kepada isterynya. Banyak atau sedikitnya maskahwin ini adalah bergantung kepada situasi keadaan dan ekonomi keluarga kedua-dua belah pihak. Terpulang lah kepada kedua belah pihak untuk menetukannya mengikut kemampuan masing-masing. 


Adapun maskahwin ini juga ditentukan mengikut taraf pendidikan pasangan atau darjat keturunan pasangan yang mana menyebabkan kerumitan bagi pihak suamy untuk menyediakan maskahwin tersebut hanya kerana tidak berkemampuan untuk menyediakannya. Hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan kesulitan bagi pihak suamy.


Kenapa mahar dimahalkan. Ini berlaku kerana masyarakat cintakan kebendaan dan kesucian. Mereka mahu nama dan kemegahan daripada taat kepada perintah Allah. Ini terjadi kerana iman lemah dan cinta dunia bersarang dalam hati. Akhirnya masyarakat yang tidak mengamalkan agama pasti akan dihancurkan, oleh amalan mereka sendiri.

Jikalau kita ingin kebaikan dan keberkatan di dalam perkahwinan, maka mudahkan lah ia. Semakin hampir pernikahan itu seperti pernikahan anaknya Nabi Muhammad iaitu Fatimah, maka semakin berkat lah ia. Perkahwinan Ali dan Fatimah dijalankan dengan sederhana sekali. Ali tidak mempunyai apa-apa pun untuk berkahwin. Dia hanya mempunyai sebuah perisai perang yang dijadikan mahar buat Fatimah.



Riwayat Abu Daud, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :-
"Sebaik-baik maskahwin adalah yang lebih rendah".

Riwayat Ahmad, sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :-
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya".

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." 
( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.


**RUJUKAN : CARA HIDUP ISLAM



MAhaR

MaHar MisiL :- Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat seperti kakak. Di samping itu, perlu juga menilai keadaan perempuan itu sendiri dari aspek keagamaan, keilmuan, kecantikan, kekayaan, pelajaran, dan lain-lain.

MaHar MussammAr :- Mahar yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara perempuan itu.

Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar  musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :- 


1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri. 
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.


Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 )  dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta303 ) berbunyi seperti berikut  :- 
   
(1)   Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain. 

(2)  Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :- 

a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin
b) nilai dan butir-butir lain pemberian
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian







yN GbOOk